PEMBERITAHUAN!!!!

INI ADALAH BLOG PARODY!!
THE SHIRTLESS  JUGA ADALAH BAND PARODY!!
SEMUA YANG TERTULIS DI DALAM BLOG INI ADALAH GURAUAN SEMATA-MATA!!!

what is parody?? click here.

Monday, September 14, 2009

INTERVIEW EKSKLUSIF: SEJENAK BERSAMA MENTOL

Bersama saya, Kaseem Benzema dalam segmen yang ditunggu ramai oleh peminat The Shirtless.

Sebelum saya melalut tak ingat dunia, saya ingin meminta maaf kerana tidak mengupdate blog ini sekian lama. Bukannya apa, sepatutnya interview bersama Mentol dijalankan pada 2 Ramadhan yang lalu. Tetapi, sessi temubual tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Mentol telah ditangkap oleh pihak JAIS kerana tidak berpuasa. 

Betul ke? Atau gossip liar daripada wartawan Zubir untuk melariskan akhbar dia? Kalau gosip liar, mari kita ramai-ramai simbah cat merah dan baling bangkai ayam di rumahnya sekali lagi...

Mentol masih mampu berlagak cool walaupun dilontarkan soalan berunsur provokasi oleh wartwan lahanat Zubir. Zubir ada kat belakang kereta tu. Gambar diambil sejurus mentol di ikat jamin keluar dari lokap sebab di tahan kerana makan dikhalayak ramai.


Kaseem Benzema (KB):
Assalammualaikum...

Mentol (M):
Waalaikummusalam...

KB:
En. Mentol puasa ke hari ni?

M:
Amboi perli nampak? Apa ingat saya tak puasa ke?

KB:
Abis tu, ada nasi kat hujung bibir tu?

Mentol cepat-cepat mengesat mulutnya.

M:
Eeerr... Tu telur lalat la. Dia bertelur kat situ tadi....

KB:
Ok. Tak banyak cerita la. Jom start interview ni.

M:
Gua ok je.

KB:
Apa perkembangan terbaru Mentol?

M:
Owh.... Perkembangan saya setakat ni saya meniaga bazaar ramadhan kat Kampung Nakhoda dan menjual layang-layang di Taman Metropolitan Kepong.

KB:
Oh.. Kenapa nak jual layang-layang pulak.

M:
Sebab saya nak jadi macam layang-layang.

KB:
Ha?

M:
Layang-layang kan boleh terbang dengan bebas di udara... Sangat best...

KB:
Oh.. Ingat nak jadi layang-layang sebab layang-layang tak payah puasa...

M:
Apa?

KB:
Eerrr... Tak de. Ok. Dengar cerita anda kini menjadi Ahli Perwakilan Pelajar-Pelajar di Politeknik tempat kamu belajar. Betul ke? Adakah ia menganggu untuk kamu berkarya?

M:
Oh.. Apa pulak nak terganggu. Kan ke semua lirik dan lagu The Shirtless selama ni encik Kaseem Benzema yang tulis. Tu yang kami rileks je...

KB:
Oh.... Lupa pulak. Dengar cerita, Encik Mentol juga aktif bermain ragbi. Betul ke? Pernah menang apa-apa pertandingan?

M:
Percapaian ada la jgak. Saya pernah menang anugerah di FFM sebagai pembantu  pelakon terbaik dalam filem Syurga Cinta.. hahaha..

KB:
Eh? Anda ada belakon ke dalam cerita tu? Tak perasan pun.

M:
Saya belakon jadi kunci kereta Awal Ashaari dalam filem tu. Penting watak saya tu. Kalau tak de saya, Awal terpaksa naik LRT sepanjang penggambaran filem ni dijalankan.

KB:
Oho... Berbalik pada soalan ragbi tadi, apa kecederaan paling parah anda alami sepanjang bermain ragbi?

M:
Kecederaan paling parah tak de kot tapi pernah jugak la terbelah isi perut.. Ala, same macam pinang terbelah dua tu.. hahaha...

KB:
Dengar cerita anda dalam usaha untuk menubuhkan sebuah restoran menjual makanan dan lauk-pauk dari Laos di Bukit Bintang? Betul ke? Kenapa nak tubuhkan kedai macam tu?

M:
Semenjak saya pergi bertapa di Laos untuk memantapkan cara bermain bass saya 3 bulan lepas, saya dapat merasakan makanan di Laos adalah unik macam rancangan Uniknya Ramadhan yang ditayangkan di Astro Ria tu. So, saya pun berhajat untuk berkongsi dengan rakyat Malaysia semua.

KB:
Ni dah terlanjur cerita pasal makanan ni.... Nak tanya la sikit pasal insiden kena tangkap tak puasa hari tu? Apa cer ni? Cuba story sikit...

M:
Macam yang saya cakap tadi, saya sekarang ni berniaga di Bazar Ramadhan Kampung Nakhoda. So, setiap kali saya masak, saya kena la rasa masakan saya tu.

KB:
Eh? Kenapa nak rasa pulak?

M:
Untuk memastikan rasa masakan saya sentiasa sedap. kira macam quality control la. Kalau hari ni saya masak sedap dan esok tak sedap, nanti customer lari pulak. Pergi kedai lain sebab customer mesti assume yang makanan kat gerai saya ni makin hari makin tak sedap.

KB:
Oh.. Macam tu ke.... So, best ke kena naik kereta jenazah tu? Apa rasa naik kereta jenazah tu?

M:
Tak de la best mana. Rasa macam naik kereta Kelisa je. Cuma ada driver.

KB:
Sejuk tak dalam kereta tu?

M:
Panas la. Tak de air-cond.

KB:
Ok. Saya juga ada mendengar cerita yang anda ingin membuat rekod dunia iaitu mendaki Gunung Kinabalu tanpa memakai baju. Adakah projek itu masih diteruskan?

M:
Hahaha.. bende ni tersebar jugak eyh.. Ok projek masih dalam proses tapi telah mndapat sokongan dari beberapa individu seperti Malek Nor, Afldin Shauki, Adebayor dan Ketua Taman Jasa Utama Gombak. tidak dilupakan juga Barrack Obama.

KB:
Semua orang tahu yang Lan, bekas Vokalis Meet Uncle Hussain telah menubuhkan band baru bernama Azlan and The Typewriter. Dengar cerita kamu ada pergi ke uji bakat untuk mencari ahli baru untuk band si Lan tu. Betul ke? Adakah kamu sudah bosan dengan The Shirtless?

M:
Oh... Ini tak da kena mengena dengan nak masuk band si Lan tu .Itu hanya untuk menjadi juri uji bakat tu je.. Pasal dah boring dengan The Shirtless tak sama sekali walaupun dapat jadi vokalis Nirvana ataupun Mirwana pun saya tetap tolak dgn jentolak..

KB:
Kamu pernah digossipkan dengan Fasha Sandha satu masa dahulu. Dan kini kita dengar cerita yang mungkin dia sudah berkahwin dengan duda Nora Danish tu. Apa perasaan kamu? Frust menonggeng tak?

M:
Hahaha... Fasha Sandha tu hanya la gosip nak cari publisiti je. Perasan tu tak rase sebabnya saya lupa nak letak garam.. hahaha... Tapi saya pernah 2 kali dating dengan Fasha tu. Tengok cerita tamil bertajuk Sarvam dan Sivaji The Boss.

KB:
So sekarang ni single ke? Tak kan lah tak de awek cun kat Politeknik kamu tu?

M:
Oh... Tak de. Saya tengah cuba mengayat si Lisa Surihani tu.. Sekarang dah 80% siap.. so Tunggu la tarikh pertunangan kami nanti..

KB:
Tapi, saya dengan Lisa Surihani dah nak bertunang Raya Pertama nanti.

M:
Ha? Adoi... Sampai hati Encik Kaseem Benzema buat saya macam ni. Bukan ke Encik Kaseem dah bertunang dengan Raja Farah?

KB:
Baru tunang satu. Saya boleh bertunang lagi 3 kali.

M:
Kenapa Encik Kaseem buat macam ni kat saya? Kenapa?

KB:
Woi. Ni aku interview kau ke, atau kau interview aku? Apsal lak kau yang tanya soalan kat aku ni?

M:
Oh... Silap. Maafkan saya...

KB:
Ok. Last question. Dengar cerita anda juga pernah pergi uji bakat untuk rancangan Jangan Lupa Lirik dan anda gagal kerana terlupa lirik lagu Jong Jong Inai. Betul ke?

M:
Hahaha.. Benda tu pun boleh kantoi jugak ke.... Tapi information tu de salah Sikit.. Bukn lagu Jong Jong Inai tapi Chik Chik Boom nyanyian Saloma....

KB:
Ok. Dah nak berbuka ni. Jom kita cari kedai baik punya nak berbuka ni.

M:
Eerr.. tapi saya tak puasa ni.

KB:
Buat-buat puasa, sudah!

M:
Ok jom. Boleh kita bincang kes Lisa Surihani tu.

KB:
Tak de. Lisa aku punya.

M:
Aku punya.

KB:
Aku punya.

Sekian. Terima kasih.

Tuesday, August 18, 2009

DINDING DAN MISS PENYAPU DI MAJALAH MEMPELAM

Cover Majalah Mempelam menampilkan Dinding dan Miss Penyapu

Tak puas hati gambar kecik sangat, sila klik pada gambar

Kepada fanatik The Shirtless di luar sana. Sempena bulan Ramadhan yang mulia nanti, majalah gosip dan mengumpat paling hina di Malaysia, Mempelam akan menerbitkan majaleh mereka pada bulan September dengan menampilkan vokalis The Shirtless, Dinding bersama buah hati pengerang jantungnya, Miss Penyapu.

Dalam majalah ini, anda akan dapat tahu sejauh mana benarnya hubungan mereka berdua. Betul-betul couple ke, dah kahwin ke, kawan sahaja ke....

Jangan lupa dapatkan majalah sampah ini. Akan berada di pasaran tak lama lagi. Sila stand by kat depan kedai mamak sebelum habis di jual di pasaran.

Monday, August 17, 2009

LAGI CERITA TENTANG ALBUM BARU DAN ALBUM RAYA

Maaf kerana lama tidak mengemaskini blog ini. Kami kumpulan The Shirtless sedang sibuk dengan konsert jelajah kami di Pakistan, Afganistan, Kuwait, Selatan Vietnam dan negara Yohadal. Ni baru sampai Malaysia ni.

Di sini kami ingin mengumumkan tarikh album Raya dan album terbaru The Shirtless akan berada di pasaran.

Album The Shirtless akan berada di pasaran pada Hari Raya Ketiga bulan. Bagi sesiapa yang berniat tak nak puasa langsung tahun ini, memang susah la kan nak tahu tarikh sebenar album ini akan berada di pasaran.

Terdapat 14 buah lagu dalam album raya itu nanti. Album ini berkonsep kan lagu raya sepenuhnya, tiada lagu ciplak atau nyanyian semula. Semua lagu raya adalah hasil ciptaan the Shirtless dan pengurus mereka, Kaseem Benzema.

Antara lagu yang terkandung di dalam raya tersebut ialah:

1. Raya Sebulan Walaupun Langsung Tak Puasa.
2. Ops Sikap Di Lebuhraya
3. Beraya di Selatan Thailand Besar Risikonya
4. Jatuh Cinta Di Hari Raya

Sementara itu, album ke-5 The Shirtless akan berada di pasaran pada Hari Raya ke-29 tahun ini. Apa konsep album kali ini? Rahsia!!! Nak tahu, kena beli nanti. Hahaha...

Beli yang original. Jangan main download je.

Sekian.

Sunday, July 12, 2009

INTERVIEW EKSKLUSIF: SEJENAK BERSAMA DINDING!!

Bersama saya, Kaseem Benzema, pengurus kumpulan Shirtless. Sebagai pengurus, saya juga mempunyai kebolehan untuk menemuramah... Ah! Sebut dalam bahasa omputih la... Interview la. Kali ini saya ingin menemuramah salah seorang pengasas kumpulan The Shirtless dan juga vokalis utama kumpulan The Shirtless, Dinding.

Gambar terbaru Dinding ketika di temuramah. Dinding yang kelaparan terpaksa menggigit batang lolipop kerana kelaparan kerana tiada duit untuk membeli Maggi.


Kaseem Benzema (KB):
Assalammualaikum...

Dinding (D):
Waalaikummussalam....

KB:
Oh! Pandai lagi jawab salam rupanya....

D:
Eh... Mesti la....

KB:
Apa khabar Encik Dinding?

D:
Ye…cuaca hari ni kelihatan cerah di Semenanjung Malaysia

KB:
Eerr... Encik Dinding ni masa SPM, subjek Bahasa Malaysia dapat apa eh?

D:
Eeerr... A. Kenapa lak?

KB:
Lain saya tanya, lain pulak yang awak jawab. Gila ke ape?

D:
Saya bukannya apa. Saya nak menguji kecekapan awak je. Saya nak tengok awak peka dengan jawapan saya atau tidak....

KB:
Ooohhh... Ingat awak yang tak faham bahasa...

D:
Hari-hari cakap bahasa melayu tak kan tak faham pulak.

(Gelak sama-sama selama 10 minit. Berhenti gelak sebab dah mengah.)

KB:
Ok. Boleh sambung.

D:
Oh. Ada lagi? Ingat dah abis interview tadi...

KB:
Tak la dah habis. Belum tanya ape-ape lagi...

D:
Ok. Teruskan. Saya ni memang suka di soal.

KB:
Apa perkembangan terbaru Encik Dinding?

D:
Saya sedang menyambung pelajaran saya di bidang jahitan… Maklum lar, ekonomi sekarang tengah gawat… Tak de orang panggil buat konsert

KB:
Ala... Cian nye dia.... Ok. Cukup dengan belas simpati tu. Apa khabar dengan The Shirtless? Lama menghilang? Dah berpecah ke?

D:
Kami tak menghilang macam saya katakan, kami tak dapat jemputan kecuali menyanyikan lagu di tepi longkang Taman Jasa. Sekali sekala, kami bawak Bas Sekolah hantar budak-budak pergi Sekolah Agama Kampung Nakhoda.

KB:
Kenapa lama sangat proses nak menghasilkan album kelima The Shirtless ni? Bagus sangat ke album ni sampai lama sangat pulak proses rakamannya.

D:
Nak kata bagus tu, tak de la. Itu terletak kat tangan peminat la untuk menilai. Cuma kami sekarang ni tengah sibuk dengan side projek masing-masing. Tunggu aje la.. Tak lama lagi keluar la album baru.

KB:
Dengar cerita, album baru ini akan menampilkan artis antarabangsa sebagai artis jemputan. Betul ke sebab di akhbar Indonesia kuat mengatakan yang anda ada menjemput penyanyi Herman Tino sebagai artis undangan. Betul ke ni?

D:
Oh tak same sekali… Sememang nya kami akan menampilkan artis antarabangsa tapi bukan beliau ye.. Kami telah mengundang Hetty Kos Endang untuk bersama kami dalam album terbaru ini..

KB:
Wow... Ni yang buat semua orang tak sabar-sabar nak tunggu album baru The Shirtless ni...

D:
Hehe... Memang semua orang tak sabar nak tunggu album ni. Hari-hari peminat datang ketuk pintu tanya bila labum baru nak keluar.

KB:
Ok. Nak tanya sikit pasal satu gossip ni. Ada desas desus mengatakan yang ada pertengkaran di antara ahli Kumpulan The Shirtless? Benar ke?

D:
Sebenarnya pertengkaran ini memang wujud ye… Tapi telah berjaya di leraikan… ia berpunca diantara Pintu yang merupakan orang Kelantan telah berbalah dengan Mentol yang merupakan orang Selangor dalam menentukan team mane yang bkal menang Liga Super musim ini…

KB:
Hekeleh... Diorang tengok Liga Malaysia ke?

D:
Tu la pasal... Apa kelas layan Liga Malaysia kan? Baik layan EPL

KB:
Ok. Satu lagi gossip. Semua orang tahu vokalis Meet Uncle Hussain, Lan, sudah keluar daripada band tersebut. Ada desas desus yang Encik Dinding akan menyertai kumpulan Meet Uncle Hussain, menggantikan Lan. Benar ke gossip ni?

D:
Ha!!!! Ni satu lagi khabar angin yang memang tak betul same sekali ye…  Saya bukan pe… Saya tak minat la nak join group diorang coz macam yang korang semua tau sekarang ni band indie yang paling meletop lagk mantop  di alam semesta ni ialah The Shirtless so tak de point pun nak join MUH…

KB:
Kalau betul- betul Meet Uncle Hussain menawarkan anda untuk menggantikan tempat Lan, adakah anda akan pergi?

D:
Ya!!! Mesti la.

KB:
Aik? Tadi cakap lain. Ni dah lain pulak. 

D:
Biasa la. Artis Malaysia kan suka cakap berbelit. Tak percaya, cuba tanya Memey dengan Norman Hakim.

KB:
Betul jugak tu..... Ha... Ada gossip yang mengatakan yang anda sekarang sedang intim dengan janda hot, Nora Danish, hingga menyebabkan anda dan Noh dari kumpulan Hujan, yang juga digosipkan dengan Nora Danish, bergaduh tarik-tarik rambut di depan Pertama Complex. Komen sikit…

D:
Kejadian tarik menarik rambut tu memang berlaku tapi ia tak de kaitan ngan nora Danish… Saya menarik rambut Noh kerana dia pening kepala ketika itu dan dia  mintak saya urutkan kepala nya… So harap tak de salah faham la ye

KB:
La... Itu macam ka?

D:
Ha... Itu aje la. Memang saya minat Nora Danish. Tapi tu dulu la. Sekarang saya minat orang lain.

KB:
Siapa tu?

D:
Rahsia la.

KB:
Kalau di takdirkan anda bakal bertemu jodoh dengan artis juga, siapa pilihan anda? Dan kenapa Pilih dia?

D:
Saya pilih Miss Penyapu. Kerana dia merupakan wanita paling gemuk di Malaysia dan saya suka kan wanita gemuk dan lagi pun Miss Penyapu yang juga merangkap vokalis kumplan The Pakai Baju merupakan teman saya sejak di tadika lagi… Kenal tak dia? Kalau tak kenal, kat bawah ni gambar dia.



KB:
Aik? Tadi cakap rahsia? 

D:
Alamak!!! Terlepas cakap pulak!!! Eerrr... Encik Kaseem leh tak kalau tak keluarkan apa yang saya cakap tadi?

KB:
Boleh. Boleh je.... Hehehehe... (Gelak jahat)

D:
Nape awak gelak jahat tu?

KB:
Eerr... Tak de pa pe... Ada pesanan terakhir buat peminat, Nora Danish dan Noh Hujan?

D:
Kepada peminat :- jaga diri dan jangan lupa kunci pintu sebelum keluar rumah

Kepada Noh          :- panadol dah turun harga, lebih baik kau beli awal-awal sementara tengah sale

Kepada Nora        :- maafkan I kerana terlalu memilih rupa paras dalam percintaan. Cinta I hanya untuk Wanita Gemuk… 

KB:
Terima kasih sebab sudi di interview...

D:
Ok. Tak de hal la. Jom makan Cendol.

KB:
Jom.

Sekian. Saya janji akan membawa ahli lain pula untuk di interview.

Thursday, July 2, 2009

UPDATE!!! THE SHIRTLESS DALAM PERSIAPAN UNTUK ALBUM KE-5 DAN ALBUM RAYA

The Shirtless kini sedang sibuk memerah idea dari otak mereka yang tak seberapa itu untuk melancarkan album ke-5 dan album khas untuk Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh pelancaran album ke-5 mereka masih lagi dirahsiakan sementara album Raya mereka akan dilancarkan pada puasa ke-5 tahun ini.

"Ia album yang hebat. Korang mesti rugi gila kalau tak beli album ni. Lagi best dari tengok Transformers 2 tau," kata Dinding ketika di temuramah oleh pengurus mereka sendiri, Kaseem Benzema.

Jadi, baik korang semua kumpul duit dari sekarang supaya tidak ketinggalan untuk memiliki album paling best dalam sejarah dunia ini.

ANDA MAHU MENJADI PEMINAT PILIHAN THE SHIRTLESS?

Mahukah anda menjadi Peminat Pilihan The Shirtless?

Anda hanya perlu e-mailkan gambar berserta biodata anda ke the.shirtless@gmail.com dan sertakan slogan saya adalah peminat The Shirtless tahap dewa kerana...

Gambar anda akan dipaparkan di dalam blog ini dan anda akan menerima hadiah lawatan sambil belajar ke Balai Raya Kampung Sekangkang Kera.

Hantar gambar dengan pose maut ya?

ADIOS!!!

Tuesday, June 30, 2009

WELCOME TO THE OFFICIAL BLOG OF THE SHIRTLESS

Selamat datang ke Blog Rasmi Kumpulan The Shirtless.

Blog ini berfungsi untuk memberitahu kepada para peminat kami tentang perkembangan terbaru, aktiviti, show, konsert, gig, photoshoot, gosip, temuramah eksklusif dan lain-lain lagi tentang The Shirtless. Jangan segan-segan untuk melawat ke blog ini selalu untuk mengikuti perkembangan terbaru dari The Shirtless.

Diharap para peminat terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kami semua.

Jumpa lagi.

ADIOS!!!